u l o v e m e n o w. Powered by Blogger.
Home » » dasyatnya seorang ibu!

dasyatnya seorang ibu!

Assalamualaikum Semua,



Last weekend ada sahabat dengar ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. Mungkin boleh jadi panduan kita sebagai ibu dan kita sebagai anak kepada ibu.



Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu



Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik



Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah



Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak



Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya



Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka:

1)Melihat kaabah sehingga menitis air mata

2)Membaca quran sehingga menitis air mata

3)Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata



3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!:

1)Anak

2)Ibu

3)Suami



Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tengok la muka bila dia tidur kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa itu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J



Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang la selalu.



Adalah menjadi satu dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu.



Kalau ada niat yang baik teruskan la..Allah akan bersama, jangan takut.

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi

contohnya: tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai



Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik



Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”

Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”


Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ini sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.



Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah



Kalau ditimpa sakit, baca la Innalillahiwainnaillaihirojjiun, dan mohon dengan Allah

“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini

“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini



walaupun suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.



Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.

Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!



Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!



Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup



masa ni ustaz tu bagi contoh sedih sikit.pergi ke pusara mak dan kita cakap:

“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”

atau

“bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”


ustaz kata,luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.




Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita:

“berkatilah si A ini”

dan jika tak bagi salam, mereka akan kata:

“celakalah orang ini”

Jadi, jangan lupa bagi salam selepas ni.



Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.



Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..



Bila nak berbelanja @ shopping selalu spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.


Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi la duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan takde masa, jadi Allah hantarkan orang2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!




Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!!

“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.

Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.



Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya.

Jagalah mereka dengan baik insyaAllah, syurga balasannya.

Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita.

Besar sangat pahalanya.



Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.



Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.



Anak Lari Dari Rumah



Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya di hanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.



Masa laungan azan yang pertama, panggillah nama anak kita, insyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.



Anak Degil



Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK.



Ni seram sket masa nak buat..mula2 je lepas tu ok..

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia."


anda boleh minta apa saja! Nak anak senang bangun ke sekolah..


cuba dan lihat.


Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.



sayangilah mak/ibu/umi anda sementara masih ada ;)
chenta is nothing tanpa awak!!!

0 cElOtEh masyarakat:

Post a Comment

mari melabel

wanita (14) kasih (13) pedoman (13) kawan (11) mak ku syg (11) peringatan (11) sayang (11) cinta (9) makan2 (9) danial (8) LuRve (7) kawen (7) jalan2 (6) renungan (5) UtmSkudai (4) geram (4) kawen... (3) BKN 4284 (2) abah (2) atuk... (2) huhu (2) klakar (2) lelaki (2) palapes (2) perasaan (2) ramdhan (2) raya (2) rindu (2) tag (2) tensen (2) 28032010 (1) HIV (1) Rasulullah s.a.w (1) about 2 years ago.. (1) admire (1) anak (1) aurat (1) baby (1) besaQ (1) cikgu (1) comel (1) contest (1) dongeng (1) dot (1) esaimen (1) family (1) gemuk (1) gugur (1) hampir2 (1) hariTua (1) hipokrit (1) impian (1) jodoh (1) keliru (1) kiamat (1) konvo (1) kuciwa seketika... (1) mandi (1) mati (1) murtad (1) naseb2 (1) panduan (1) pantun (1) risik (1) rumah (1) rumate... (1) senyum (1) stalker (1) tunang (1) udang (1) ungu (1) wasiat (1)

cHUrpcHUrp

l o v e m e o r n o t

  © NOME DO SEU BLOG

Design by Emporium Digital