u l o v e m e n o w. Powered by Blogger.
Home » , , » sedarkah kamu!!!

sedarkah kamu!!!

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanitauntuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manisuntuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalamkesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impiandan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itumulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuahpertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secaraspontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyatabukan tulang rusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yangtelah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinangair mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,bertekad untuk berpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kitaberpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeritetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing danbercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu,sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakansakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa diamerindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanyaoleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salahseorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI menegukkopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedarbahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yangtelah dengan bodohnya dia patahkan.Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kitacintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itudatang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahankita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah katakata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

chenta is nothing tanpa awak!!!
(,")♥(",)

0 cElOtEh masyarakat:

Post a Comment

mari melabel

wanita (14) kasih (13) pedoman (13) kawan (11) mak ku syg (11) peringatan (11) sayang (11) cinta (9) makan2 (9) danial (8) LuRve (7) kawen (7) jalan2 (6) renungan (5) UtmSkudai (4) geram (4) kawen... (3) BKN 4284 (2) abah (2) atuk... (2) huhu (2) klakar (2) lelaki (2) palapes (2) perasaan (2) ramdhan (2) raya (2) rindu (2) tag (2) tensen (2) 28032010 (1) HIV (1) Rasulullah s.a.w (1) about 2 years ago.. (1) admire (1) anak (1) aurat (1) baby (1) besaQ (1) cikgu (1) comel (1) contest (1) dongeng (1) dot (1) esaimen (1) family (1) gemuk (1) gugur (1) hampir2 (1) hariTua (1) hipokrit (1) impian (1) jodoh (1) keliru (1) kiamat (1) konvo (1) kuciwa seketika... (1) mandi (1) mati (1) murtad (1) naseb2 (1) panduan (1) pantun (1) risik (1) rumah (1) rumate... (1) senyum (1) stalker (1) tunang (1) udang (1) ungu (1) wasiat (1)

cHUrpcHUrp

There was an error in this gadget

l o v e m e o r n o t

  © NOME DO SEU BLOG

Design by Emporium Digital